:.Fly through the cloud[s].:
D'Owner!

Navigation : Hover the image



Entries About Me Linkie[s] Stuff

Annyeonghaseyo!. Welcome to my wonderworld. Replace this annoying profile with your[s].


Credits!

Basecode: Nurul AtiQah
Edited by: CikeyQa
Re-Edited by: You  


anak derhaka

Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil.

"Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni," kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai. Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.

"Apa sakitnya ni?" tanya saya. "Entahlah ustaz, doktor pun tak tau." 
Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan.
Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan
dan menyedihkan.

"Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya." Berserta raungan yang dilepaskan sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang amat pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi  sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya? "Panggil ibunya segera," kata saya. Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma terdiam, menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri.
"Kenapa ni?" tanya saya. Dengan perlahan abang Jalal bersuara, "Ustaz, ibu kami baru sahaja meninggal dunia dua minggu lepas." "Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu," kata saya berterus terang.

Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Jalal."Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku." "Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami," jawab salah seorang daripada mereka.

Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada
saya kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati saya.  Menurutnya, Jalal adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik, empat perempuan dua lelaki dan di kalangan mereka, Jalallah yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi. Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan menyanggah kata-kata ibunya.

Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang rendah serta tidak diendahkan. Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya. Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya. Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumahtangga. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan jawatannya di sebuah syarikat swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak disyarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi semakin parah.
Walau di syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia meletakkan jawatan. Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya. Selepas sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak mampu  melunaskannya. Rumahtangga Jalal mula kucar-kacir dan akhirnya mereka bercerai. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya supaya mencagarkan tanah mereka di kampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum itu.

"Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak duit tu buat berniaga," katanya kasar. "Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik kamu," jawab si ibu. "Ahhh, saya tak kira." "Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang," jawab ibunya.

Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa. Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan apa cara sekalipun. Suatu hari, Jalal datang ke rumah ibunya. Beberapa orang adik-beradiknya ada di situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan berakhir  dengan tragedi yang amat menyedihkan. 

Ketika kemarahannya sampai kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya terhantuk di pintu. Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok di lantai, rebah tidak sedarkan diri. Si ibu segera dibawa ke hospital sementara Jalal puas hati kerana dapat melepaskan kemarahannya. Akibat pendarahan otak yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal. Bermulalah azab dalam hidup Jalal. Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit yang dihadapinya.
Jalal sebaliknya meraung, menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak  sanggup menanggung azab yang pedih. Berterusanlah keadaannya selama beberapa hari hingga saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat  tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di katil dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya.

"Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain," kata saya. Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin untuknya. Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan. "Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah saya emak, ampunkan saya, saya bersalah."

Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan 'ke situ'? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa 'ke situ' dan apa yang dilihatnya di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa dibogelkan.Tangan dan kakinya terus diikat ke katil. Selepas puas mencuba tapi keadaan Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, "Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah nyawanya masih panjang. Kalau tidak..." Ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi.

Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya berdering. "Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak," kata si abang. Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, saya lihat Jalal begitu tenat. Nyawanya seperti sudah di penghujungan. Keluarganya semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya bacakan Surah al-Asr, Surah al-Falaq, Surah an-Naas serta asma ul husna. Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar. Keadaan senyap seketika. Masing-masing beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka.

Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga najisnya terpancut keluar. Bertabur membasahi seluarnya. Bau najis menusuk hidung kami. Maha suci Allah, keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan segala-galanya yang ada di dalam tubuh terhambur keluar secara serentak. 
Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut. Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian dan katil basah dengan air mata, peluh serta najisnya. Selepas 'rentapan' itu, Jalal tidak bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia pergi menghadap Allah SWT untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka.

Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham
menangis dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar
kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah sakaratulmaut
datang menjemput Jalal. Seperti yang dijelaskan di dalam al-quran dan hadis, ia datang dengan menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada  kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya. Kesengsaraan yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya meninggalkan keaiban yang amat sangat. 

Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih. Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak mata tidak berupaya untuk menutup biji matanya yang tersembul itu. Cukup mengerikan kerana hanya mata putih sahaja yang kelihatan. Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan dan tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana duburnya terpancut keluar dan membonjol di celah kelengkangnya.
Saya menenangkan mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi. Selesai membersihkan tubuh Allahyarham, jenazah dibawa turun kerana keluarganya mahu menguruskan jenazah tersebut di rumah mereka di salah sebuah taman perumahan di sebuah negeri di pantai barat semenanjung. Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari perkarangan hospital, tiba-tiba keempat-empat shock absorbernya patah secara serentak.
Van yang cuma membawa lima orang, mayat yang badannya sederhana sahaja, dua orang abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah shock absorbernya? Kelindan van bergegas memanggil kami. Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15 orang. Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul - tidak ada van atau kereta yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan sebuah lori kosong yang  mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya.
Apa yang membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham sementara saya pula memandu pulang ke rumah. Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada saya bahawa tanah yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi. Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa diambil dan ditambur ke atasnya.

Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga Allahyarham. "Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada ustaz." "Apa masalahnya itu?" tanya saya. "Kubur adik saya berlubang ustaz."
Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak yang derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang itu disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. Lubang tersebut bermula dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang menutup liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka mengambusnya dengan tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula.

"Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi," kata saya. Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula. Apa yang membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan. Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan. Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham.

"Begini sajalah," kata saya. "Mulai malam ini buatlah majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam bahasa Melayu dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali."

Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan mereka mengadakan majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan. Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak lagi  berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata saya. Setiap kali tibanya hari raya aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas kita berhari raya. Sungguh menyentuh hati saya, ketika orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah keluarga tersebut ditimpa petaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir hayatnya.

Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman dan iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah. Amin.

Wassalam.



seorang ibu yg buta


aku dan ibuku tinggal berdua di rumah peninggalan ayahku ketika ku baru saja lahir.ibuku bekerja memasak di kantin sekolah ku. hidup kami walaupun susah namun ibuku amat menyayangiku cuma aku tidak sedar. ibuku buta sebelah matanya aku sangat malu dan sangat membencinya. suatu hari aku masuk sekolah dia datang ke kelasku dan mengucap salam kepadaku.

aku begitu malu di depan teman-teman ku, bagaimana dia boleh melakukan itu kepadaku di hadapan kawan-kawanku. lalu aku tidak pedulikan dia dan melemparkan pandangan benci kepadanya sambil berlari pergi. keesokan harinya salah seotang kawanku mengejekku dengan berkata ' hei ibumu hanya punya sebelah mata'

saat itu aku merasa ingin mati sahaja dan ingin ibuku itu hilang dan pergi dari kehidupanku . lalu aku bertengkar dengan ibku seraya mengatakan ' kalau ibu hanya menjadi bahan tertawaan kawan-kawanku mengapa ibu tak mati saja' ibuku hanya diam dan tak menjawab segala sumpah seranah yang aku rujukan kepadanya. aku sama sekali tak memikirkan apa yang kau katakan kepadanya, kerana saat itu aku sangat marah kepadanya sebab memberi malu padaku. dan aku juga tidak memperdulikan perasaanya terfadap sumpah seranahku itu.
aku berhasrat ingin keluar dari rumah ibuku. jadi aku belajar dengan rajin agar aku mendapar biasiswa untuk belajar ke luar negeri dan meninggalkan ibuku yang sudah buta itu. setelah habis belajar aku berjaya bekerja dan berkahwin, aku membeli rumah dan hidup bahagia dengan mempunya dua anak. pada suatu ketika ibuku mengunjungiku , kerana sudah bertahun-tahun lamaya dia tidak menemuiku dan tidak pernah bertemu dengan cucunya.
ketika dia memberi salam dan isteriku membukakan pintu lalu anak0anakku mentertawakannya kemudian akut kerana melihat wajahnya yang hanya dengan satu mata. lalu aku menemuinya diluar dan berteriak kepadanya ' betapa beraninya kamu ke rumahku dan menakut-nakutkan anak-anakku. pergi dari sini sekarang juga!!' ibuku hanya menjawab "maafkan saya salah alamat ' dan kemudian dia pun pergi.

beberapa lama selepas itu ada undangan perjumpaan semula sekolah lamaku dikirimkan ke rumahku. jadi aku berbohong kepada dan aku mengatakana da mesyuarat di luar bandar. selesai perjumpaan semula di sekolah aku singgah dadi kampungkkku atas sekadar ingin tahu apa berita ibuku. sampai di rumah lamaku didapati urmah itu begiru usang tanpa penjagaan dan hampir roboh. salah seorang jiran lama aku melihat kedatanganku dan menghampiriku. beliau mengatakan kepadaku bahawa ibuku telah meniggal dunia. aku langusng tidak merasa sedih atau menitiskan air mata mendengar berita itu. lalu jiran aku itu menyerahkan sepucuk surat peniggalan dari ibuku untukku. lalu akupun membuka dan membacanya.

'anakku tersayang, aku memikirkanmu setiap saat, maagkan aku kerana telah datang ke rumahmu dan menakut-nakutkan anak-anakmu aku kerumahmukerana rindu dan teringin sangat melihatmu dan anak-anakmu. walaupun kamu mengusirkku tapi aku senang dapat melihatmu dan anak-anakmu. dan aku sangat bergembira setelah aku dengar engkau akan hadir ke prjumpaan semula sekolahmu. tapi sayangya aku tidak bisa bangkit dari tempat tidur aku untuk melihatmu anakku maagkan aku yang telah membuatmu malu sewaktu kita masih bersama ketahuilah anakku, sewaktu kau masih kecil kau mengalami kemalangan yang membuatmu kehilangan sebelah matamu sebagai seorang ibu aku tidak sanggup membiarkan kamu hidup hanya dengan satu mata saja. aku sangat bangga pada anakku yang telah memperlihatkanku dunia baru untukku ditempatku dengan mata itu bersama dengan cintaku.. IBUMU.

ibu......


Assalamualaikum semua…post ni merupakan satu cerita yang agak sedih..ya..kasih ibu amat besar..lebih besar daripada segalanya, lebih berharga daripada nilai gaji yang kita perolehi..tetapi mengapa kita perlu jadi sedemikian rupa…bacalah dengan teliti cerita ini…hergailah mereka selagi kita masih punyai…kini c.z hanya mempunyai ibu sahaja…dan cz memang SAYANGKAN DIA…..
Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya.
Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.
Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.
Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.
Ini adalah antara doa Jamilah untuk anaknya itu ;
”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.”
”Yaa Allah, dengan air mataku ini, aku bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”
“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali.”
“Ya Allah, aku redho nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini….aamiin”.
Keyakinan Jamilah terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya.
Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Faizal menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.
Faizal dapat meneruskan hidupnya hingga berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, Jamilah semakin hari semakin tua dan uzur.
Suatu hari, Jamilah yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Faizal masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.
Faizal segera bergegas ke hospital. Di situ, Faizal dapati keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun naik. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja.
Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus menadah tangan dan berdoa seperti ini;
“ Yaa Allah, seandainya mati lebih baik untuk ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Yaa Allah, aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”
Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak sakit, walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan dipanjangkan umur.
Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘baik’ pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka meminta pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.
Anda bagaimana? Apa doa anda untuk ibu bapa anda?

in shaa allah

mula-mula gua pun ade click butang share..dan gua juga cuba praktikkan perkataan In Shaa Allah itu sendiri..

TAPI suddenly gua terpandang satu status dari Saudara Zulhafidz Yahaya (bro zulhafidz ni, kalau tak silap gua, die penah aktif dgn photography, rasanya sebab tu gua add die dlm FB dulu, skang gua suka baca status-status & perkongsian ilmu yang dibawakan oleh beliau kerana penuh dengan hujah-hujah yang bernas..:))

tentang isu Insya Allah vs In Shaa Allah yang telah dibangkitkan oleh saudara Zulhafidz ini, gua rasa, gua patut share kan pada semua tentang ini sebab pada hemah gua, ade kebenaran jugak apa yang saudara zulhafidz nyatakan sebab gua perasan, kat Facebook, Blog dan banyaakkkk lagik medium internet yang sewaktu dengannya, kite kadang2 menjadi terlalu ghairah nak share ilmu tetapi tidak cuba menyelidiki kesahihan dan kebenaran sumber tersebut.... dan gua juga cuba mencari di FB fanpage Dr Zakir Naik mengenai post di atas tapi tak berjumpa langsung..kalau ade yg jumpe, mohon beritau ye..

Ini status saudara Zulhafidz Yahaya yang gua mahu share & terima kasih di atas perkongsian nasihat saudara:) saya mohon share di sini ye:)


Isu Insya Allah :

Soalan :

Tersebar dalam facebook seorang dai'e internasional menyatakan tulisan InshaAllah adalah salah. dan perlu ditulis In shaa Allah. Betulkah perkara ini ?

Jawapan :

Jika di Malaysia kita akan merujuk kepada Dewan Bahasa Pustaka kerana pihak ini yang bertanggungjawab untuk menterjemahkan / transliterasi Arab-Melayu dan apa sahaja yang berkaitan dengan Bahasa Melayu.

Rujuk : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=insya+allah


insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Pelajar Edisi Kedua
insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Pelajar
insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Dewan Edisi Empat

Di Malaysia kita sudah sedia maklum bila ditulis Insya Allah ataupun Insha Allah ertinya dengan izin Allah. Sepatutnya tiada masalah tentang perkara ini.

Wallahua'lam

PS: Dulu isu, hai, hello, bye, nehi ha, nahu he, etc.. kita ni berbahasa dengan bahasa malaysia, dan makna yang maklum adalah dalam bahasa malaysia. makhraj sebutan itu adalah kepada bacaan.

Apa makna bila kita tulis rumi, assalamualaikum dalam bahasa urdu? uganda? german? victorian english? ulu antartika, atau bahasa-bahasa lain yang tidak menggunakan alphabet ABC?

Can i put yusuf qardawi picture sebelah statement ini?
Saya search kat page zakir naik yang official takdepun statement yg dishare berjuta manusia tu.
https://www.facebook.com/zakirnaik

Siapa2 pun boleh buat fanpage sesiapa sekarang ni.

Jangan percaya terus bila ada quote dan ada gambar tokoh sebelah tu.

Kang ada orang buat poster gambar albert einstein dgn buah zaitun, dengan quote "sebenarnya bukan apple yang jatuh tapi buah zaitun".. sbb zaitun related to tanah gaza.

Concern is good..but, checking and seeking the truth is better.
 

Ramai juga yang share & komen pasal isu ni.. dan gua bersetuju sangat2 dengan sesetengah org yang bagi komen pasal ni, Islam itu mudah.. jika sampai maksud apa yang hendak diperkatakan insya Allah, tidak menjadi hal..jadik, jika nak share ape2 atau nak percaya ape2 kat media samada media bercetak atau media elektronik mahupun internet, mohon selidik dulu kesahihan ye:)

*dush! sambil tunjal kepala sendirik..*

btw, tadi gua check dalam Facebook Fanpage : Koleksi Printscreen Soal Jawab Ustaz Azhar idrus .. hah, ni diaaaa:) 

Tentang kekecohan pasal guna "insyaAllah" salah, yg betul "in shaa Allah."

Dalam arab kalau
ان شاء الله
maksudnya kalau Allah izinkan
Kalau
انشاء الله
maksudnya penciptaan Allah. Tapi bunyi lain
Kalau
ان شاء الله
semestinya bunyinya sama seperti Insya-Allah/In Sya Allah
Tapi
انشاء الله
dia akan bunyi lain dalam bahasa arab, bunyi barisnya ialah Insya-Ullah/InsyaUllah..

Kekeliruan adalah sebab translate direct kepada tulisan rumi. Asal lafaznya sama dengan arab, boleh guna. JADI, BOLEH GUNA perkataan insyaAllah atau insha Allah. sebagaimana jawapan UAI
 

doa untukmu sayang


Lirik Wali Doaku Untukmu Sayang

Kau mau aku apa, pasti kan ku beri
Kau minta apa, akan ku turuti
Walau harus aku terlelap dan letih
Ini demi kamu sayang
Reff:
Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di surga nanti
Tahukah kamu apa yang ku pinta
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia
Repeat reff
(Tuhan tolong aku, jaga jaga dia
Tuhan ku pun sayang dia)

berubah-ubah

selamat petang

salam ....

dua tiga minggu ni hujan jek .....
bila panas nk hujan bila hujan nk soh panas plak
bju x kering la ape laaaaaa
bila panas...
panasnye....
kena la ngn tajuk kte berubah-ubah
penderian yg tak pernah tetap

mcm 2 jugak lah kasih sayang kte...
sentiasa berubah2.......
awal perkenalan saling sayang menyayangi
semakin lama hubungan sayang kita semakin pudar
umpama roda yg berputar2 ada di bawah,
ada di atas, sentiasa tidak berada dia satu tempat

aku berkawan dgn sang f ni hampir 10 tahun...
kami bercinta sejak zaman persekolahan mase 2 aku baru form 1
budak2 jb ckp baru nak up
ingatkn percntaan kami smpi ke pelamin tp 
semuanye berubah sangat2 berubah
mungkin semua ini ada hikmah..dia da pn bertunang dan akn berkahwin...tahniah buat dia

ha mesti korang nk tahu mcm ne ngn aku nye perasaan jeloz ke x
oppsss sorry aku x penah nk jeloz ok
sakit hati. ummmm jap2 nk rase
lohh x de gak..skit ati x jeloz pn x...
kenape ek
sbb setiap pertemuan jodoh semua da tertulis....
aku x de sikit pn rase cemburu...
bahkan aku ok ngn tunang dia...
 ni la sbab kenapa 
setiap ape yang kte punya akan berubah-ubahso 
bf ke tunang ke suami ke...jgn angp dia kte punya...
angap dia seorg teman yg boleh begurau2..
akn abadi hubungan...



opssss sebelum terlupa

haiii

korang bace n komen la ye...
ni blog sempoi..bahase pn aku gune jek...
xyh nk karangan sangat..cz ni blog pasal aku cerita2 sama olang meh...
xde yg best sngat la pasl blog aku ni..
cume cerita2 luah2 isi hati jek....xde la hebat sangat...
hahahahaha
opss sebelum terlupa blog aku ni aku men tulis jek...
law ada mention pada siapa2 aku susun 10 jari nak mintak maaf...
jgn men saman2 taw.......solieee mehhh